Sunday 8 February 2015

I-Takala Restaurant (Restoren Aquarium)

Semalam punya cite (ayat dah basi) , Iouls janji nak dating dengan ex-officemate si Hani . Dah 4 tahun tak jumpa for sure excited nak jumpa. Okey, Iouls pun park kereta dekat rumah dia dan dia drive dengan kereta dia. Okey, dah decide nak pegi karaoke sebenarnya dekat U-Box Family karaoke area kawasan Taman Bukit Dahlia. Tapi bila sampai je, perut ni tiba-tiba berdendang lagu sayu. Apekah ? lapoo la tue. Hukhuk…sadis sungguh. Disebabkan nampak restoren paling dekat, restoren tu laa yang akan jadi mangsa weouls. Hihi… Okey namanya I-Takala Restaurant.
Ape kebenda nama restoren macam pelik eh ? Nama je macam jepun tapi mostly pekerja dia melayu laa. Jangan risau sebab ni restoren halal. Apa yang best sangat kat sini ? Okey jom kita terokai khazanah baru jumpa ni. Hehew…
Okey,dari luar je dah rasa amazing sebab dah boleh nampak akuarium penuh dengan ikan. So kitorang decide nak amik set bedua je sebabnya datang pun berdua jerk! Ruang makannya sangat best. Macam private sikit sebab dikelilingi dengan akuarium yang penuh dengan pelbagai jenis ikan. Yahoo.best best best.
So dah duduk, pelayan wanita pun datang bagi menu dan note untuk order. So kena la self-service, rajin-rajinkan diri menulis tapi jangan risau,uols just perlu tulis kod makanan je sebab dalam menu dah ade. Actually (ceh! Speaking pulak) bagus jugak mereka-mereka buat begitu. So pelayan tak payah menunggu dan customer pun boleh ambil masa memikirkan makanan pe dorang nak makan. Sambil memilih tu boleh laa selfie-selfie dengan ikan-ikan yang ada. Macam orang jakun tu. Hehew…

Orang jakun 1. Ngee

Orang jakun 2. Ngee

Ni lerr hani yang tak jumpa 4 tahun tue.

Okey, penat berselfie bagai barulaa rajin nak belek menu. Ada pelbagai jenis makanan, western dan traditional. So weouls decide nak makan nasi beriani ayam dan kambing. Side food weouls pilih taoufu with chillies dan roti bakar. Air pulak cendol Malaysia dengan asam boy. Nyummy… Note lagi, kat sini korang dah tulis menu, pas tu kena bayar dulu hokey ? nanti pas makan koang boleh terus berambus. Ngee… So total RM 41.10. Effordable right ? tapi ikut kemampuan korang laa. Law asa mahal, sebulan sekali boleh laa makan kat sini.
So sambil tunggu order boleh laa borak-borak dengan hani . Yelah, 4 tahun kot tak jumpa mesti macam-macam story nak diceritakan. Sambil-sambil tu selfie sikit. Hehew…
So after 10 minutes, makanan kitorang pun sampai. Wah! Lazatnya tengok. Dah laa time tue tengah lapoo. So jom makan dulu. Memang sedap. Ious tak tipu key? Uols try la jugak ye ? taoufu with chillies memang sedap sebab dia guna tahu jepun dan chillies die pun sedap. Hurm, nasi beriani dia memang ngam hoo habis. Peh! Sedap wehh ( saje wat uols kecur liur). Okey , memang kenyang dan berbaloi.

Taraa...Hasil tangkapan





1 comment: