Saturday 7 November 2015

Pregnancy hoyeah !

Pregnant ? hurm ! satu perkataan yang ditunggu-tunggu bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga tak terkecuali Iouls. Eh ! tak cerita pun dah kahwin ? haha ... Cerita dah terlampau basi laa uols untuk di kongsi, about 6 month ago . Basikan ? Actually, dalam jangka masa tu Ious sibuk menguruskan rumahtangga yang baru dibina (chewah) + pembawakkan budak (kemalasan tahap dewa) . Sebab tu xde masa nak update blog. Ini dah 5 month pregnant baru rajin balik . Hokey , tinggalkan moment-moment kawin Ious. Focus for our new baby.

Iouls tak sangka pun akan pregnant dalam masa terdekat tapi dah rezeki, Iouls & husband terima dengan hati yang terbuka. Husband paling happy sebab dia memang tak sabar nak ada anak sendiri. Our first trial is about 1 month after married. Masa tu lambat period 1 hari dan teruja terus pergi pharmacy beli pregnancy kid. Tapi masa tu still 1 line lagi dan cakap kat husband sabar. Belum rezeki kita lagi.

Our second trial pada bulan kedua. Masa tu raya ke-4 and Iousl lambat period about 2 day. Pagi-pagi lagi dah keluar rumah ke 7E nak beli pregnancy kid. Balik check dan keputusannya jadi 2 line tapi masih samar-samar. Masa tu dah mula happy tapi masih cool down sebab tak nak berharap sangat.  Iouls blur-blur lagi , prengnant ke tidak ni. Akibat tidak puas hati , petang beli lagi 1 dan try. keputusannya still sama tapi garisannya lagi samar. Iouls mula risau . Malam terus pergi klinik untuk buat pemeriksaan. Doktor sahkan Iouls memang pregnant. Masa tu rasa macam nak melompat je kat dalam bilik doktor tapi terpaksa kawal diri. Iouls tanya doktor kenapa line makin samar. Doctor explain la sebab waktu pagi urine kita masih natural sebab tu boleh detect.lepas dah makan minum, urine kita dah bercampur so susah nak detect sikit. Lega hati Iouls.

Okey , setakat sini je entry Iolus hari ni. Nanti kita sambung dengan perubahan alami sebagai ibu hamil hokey ? InsyaAllah, boleh kita share pengalaman sama-sama. Sebelum tu nak belanja sikit gam bar pengantin lama . Hihi. Assalaamualaikum.


Monday 20 April 2015

5 tips untuk jadi sahabat yang hebat.

1)      Ramah dan jangan bersikap sombong
First time jumpa, mesti antara uols ada yang malu untuk memulakan perbualan. Cuba ringankan mulut bekata  walau sepotong ayat. Contohnya : Assalamualaikum, nama siapa ? disertakan dengan sedikit senyuman yang pastinya ikhlas (Tak kena bayo pun kan ? hikhik…) . Jadikan perbualan itu rileks dan cool supaya masing-masing berasa selesa. Kalau uols jenis yang pemalu tahap dewa tu , tidak mengapa. Di saat seseorang memulakan perbualan, cuba balas dengan mesra dan bersungguh-sungguh. Jangan menjawab secara sambil lewa , nanti ulos akan dilabel sebagai seorang yang sombong dan bajet good-good je. Nak ke ? tak nak kan ?? Pastikan senyuman tidak lekang dari bibir . Smile bebeh !

2)      Jadi diri sendiri
Apabila kita dikelilingi dengan sahabat yang mempunyai pelbagai karakter dan latar belakang, sebahagian dari kita cuba untuk menukar perwatakan diri sendiri untuk kelihatan menonjol lebih dari teman-teman yang lain. Tolong elakkan perangai macam ni hokey ? . Jangan berpura-pura menjadi someone else sedangkan uols tahu uols tidak mampu untuk melakukannya. Uols akan berasa sungguh tak selesa dan kawan-kawan pun akan perasan. Cuba jadi diri sendiri kerana itu akan lebih membuatkan sahabat hormat dan senang berkawan dengan uols.

3)      Jangan jadi talam dua muka
Dalam erti kata lain, back stabber atau tikam dari belakang. Depan member semua suci bak malaikat, mulat manis . huha sana sini tapi dekat  belakang menceritakan keburukan sahabat kita kepada orang lain. Dan yang paling tidak manis apabila mengada-adakan cerita buruk mengenai sahabat uols dengan harapan dia akan disingkirkan dan dipulaukan oleh sahabat yang lain. Kejamnya perangai macam nieh ! Silap hari bulan, tak memasal uols sendiri yang akan dipulaukan oleh para sahabat dan paling teruk tak ada orang yang sanggup berkawan dengan uols . Haishh! Simpang tau. Ingatlah memfitnah itu lebih teruk dari membunuh ye uols ?

4)      Kongsi minat bersama
Sedar tak kebanyakkan dari uols mempunyai sahabat yang punyai minat hampir sama dengan uols ? Cuba listkan aktiviti kesukaan uols dan masukkan sahabat uols dalam kelompok aktivi yang uols minati. Contohnya, berapa orang yang minat menonton wayang, bermain futsal, berbadminton, karaoke, dan sebagainya. Semakin lebar jaringan aktiviti yang uols minati, semakin betambah kelompok kawan-kawan uols nanti. Pastikan aktiviti yang uols minat itu memberi manfaat dan kebaikan ye ? aktiviti yang membazir masa serta mendatang kan dosa tu elak-elak kan ye ? Be positive.

5)      Jadilah sahabat yang membahagiakan
Ingat dengan pakwe/makwe je boleh bahagia ke ? dengan sahabat pun boleh bahagia jugak tau sebab tu persabatan tu boleh berkekalan lama. Contohnya, jadi lah pendengar yang setia kepada setiap permasalahan teman-teman uols. Kalau tak dapat membantu , atleast uols dapat meringankan beban di dalam otak mereka. Jika mereka mintak pendapat, cubalah beri buah fikiran uols yang relevan dan membantu.  Dan cara paling bagus untuk menjadi sahabat yang membahagiakan, jadilah sahabat yang mampu memberi senyuman ketika orang lain bersedih. Jadilah sahabat yang periang dan mesra dengan orang disekeliling kerana aura-aura positif dalam diri ouls pastinya akan meresap ke dalam diri orang di sekeliling uols. Be happy always and make your life good and awesome.


Monday 6 April 2015

Kad kahwin kite laa

Assalamualaikum
Lame bebeno Iouls tak update belog nieh! Wee… Actually, banyak yang Iouls nak cerita. Hokey, kita mula dengan tempahan kad kahwin ye ?
Iouls dan Kamil tempah kad di online designer yang berbeza. Citer pasal Iouls dulu la ye? Ngee
Iouls tempah kad di http://illhamkad.my/ . Dengan pakej yang murah boleh dapat banyak barang ouls. Caye tak ? Hihi…Rezeki bakal pengantin orang cakap.
Okey, Iouls punya pakej beharga RM195. Apa yang Iouls dapat ?
1.       Kad kahwin 500 pcs & sampul (extra 76 pcs)
2.       Button Badge 10 pcs
3.       Bunting 2’ x 6’ 2 pcs
4.       Guestbook  1 pcs (New year promotion)
Caye jangan tak caya . hihi… Okey, cara-cara untuk menempah ye ?
1.       Uols kene isi borang tempahan secara online yang disediakan di webpage Ilham Lagenda. Pesanan pada semua, isi borang dengan teliti ye actually column bila kad diperlukan. Sebab dia akan siapkan kad based on request date not based on your order date . remember that! Takot uols terrequest kad seminggu sebelum majlis, kang tak sempat nak bagi kad kat sedara mare yang jejauh tuh !

2.       Dah siap isi, uols just submit je.

3.       Then, rajin-rajinla check email ye ? sebab dia akan submit form korang dekat email. Selalu sehari je. (ececeh! Ayat selalu tu macam selalu je wat kad kawen )

4.       Bila dah dapat email, pegi la bankin 10% deposit baru dia boleh draftkan uols punya kad.

5.       Dia akan bagi draft kad kawen uols dalam mase 2 minggu before your request date. Bila dah dapat tu, check betul-betul. Mana-mana spelling ke, penunjuk arah yang tak betul, mintak dia amendkan. Kalau tak nanti kesian uols dapat kad tak proper disebabkan kecuaian sendiri. Kalau dah okey semuanya, just suruh dia proceed.

6.       Then bila kad kahwin dah siap, dia akan bagi tracking number. So just tunggu jela kad kawen uols tu…




Okey, Ni kad kawen Iouls untuk tatapan semua. Pinky sangat. Bhaha



Kad Kahwin


Button Badge


Bunting


Guestbook

Okey, berapa bintang nak bagi ye ??? 8/10 laa. Reasonable dengan harga yang ditawarkan. Thanks Ilham Lagenda …

Okey, cerita kad belah tunang Ious pulak, si Kamil nieh. Dia pulak tempah kad dekat http://www.ezcetak.com/. Untuk servis ni, Iouls memang boleh cakap superb la. 10 hari je kad uols bole siap walaupun request date uols lama lagi. Hehew.
Disebabkan rumah Kamil acara bertandang, so dia just prefer kah kawen je untuk tujuan jemputan.
RM185 = 500pcs
Cara nak tempah sama je macam Iouls. Isi form , bayar deposit then confirmkan draft. Taraa, kad sudah siap.
Cantik tak ?






Okey, untuk uols yang masih tercari-cari tu bole laa ke webpage theyouls key ? search kat fb pun ada. Rasa best sangat bila kad dah selesai. Fuhh!!!

Sunday 8 February 2015

I-Takala Restaurant (Restoren Aquarium)

Semalam punya cite (ayat dah basi) , Iouls janji nak dating dengan ex-officemate si Hani . Dah 4 tahun tak jumpa for sure excited nak jumpa. Okey, Iouls pun park kereta dekat rumah dia dan dia drive dengan kereta dia. Okey, dah decide nak pegi karaoke sebenarnya dekat U-Box Family karaoke area kawasan Taman Bukit Dahlia. Tapi bila sampai je, perut ni tiba-tiba berdendang lagu sayu. Apekah ? lapoo la tue. Hukhuk…sadis sungguh. Disebabkan nampak restoren paling dekat, restoren tu laa yang akan jadi mangsa weouls. Hihi… Okey namanya I-Takala Restaurant.
Ape kebenda nama restoren macam pelik eh ? Nama je macam jepun tapi mostly pekerja dia melayu laa. Jangan risau sebab ni restoren halal. Apa yang best sangat kat sini ? Okey jom kita terokai khazanah baru jumpa ni. Hehew…
Okey,dari luar je dah rasa amazing sebab dah boleh nampak akuarium penuh dengan ikan. So kitorang decide nak amik set bedua je sebabnya datang pun berdua jerk! Ruang makannya sangat best. Macam private sikit sebab dikelilingi dengan akuarium yang penuh dengan pelbagai jenis ikan. Yahoo.best best best.
So dah duduk, pelayan wanita pun datang bagi menu dan note untuk order. So kena la self-service, rajin-rajinkan diri menulis tapi jangan risau,uols just perlu tulis kod makanan je sebab dalam menu dah ade. Actually (ceh! Speaking pulak) bagus jugak mereka-mereka buat begitu. So pelayan tak payah menunggu dan customer pun boleh ambil masa memikirkan makanan pe dorang nak makan. Sambil memilih tu boleh laa selfie-selfie dengan ikan-ikan yang ada. Macam orang jakun tu. Hehew…

Orang jakun 1. Ngee

Orang jakun 2. Ngee

Ni lerr hani yang tak jumpa 4 tahun tue.

Okey, penat berselfie bagai barulaa rajin nak belek menu. Ada pelbagai jenis makanan, western dan traditional. So weouls decide nak makan nasi beriani ayam dan kambing. Side food weouls pilih taoufu with chillies dan roti bakar. Air pulak cendol Malaysia dengan asam boy. Nyummy… Note lagi, kat sini korang dah tulis menu, pas tu kena bayar dulu hokey ? nanti pas makan koang boleh terus berambus. Ngee… So total RM 41.10. Effordable right ? tapi ikut kemampuan korang laa. Law asa mahal, sebulan sekali boleh laa makan kat sini.
So sambil tunggu order boleh laa borak-borak dengan hani . Yelah, 4 tahun kot tak jumpa mesti macam-macam story nak diceritakan. Sambil-sambil tu selfie sikit. Hehew…
So after 10 minutes, makanan kitorang pun sampai. Wah! Lazatnya tengok. Dah laa time tue tengah lapoo. So jom makan dulu. Memang sedap. Ious tak tipu key? Uols try la jugak ye ? taoufu with chillies memang sedap sebab dia guna tahu jepun dan chillies die pun sedap. Hurm, nasi beriani dia memang ngam hoo habis. Peh! Sedap wehh ( saje wat uols kecur liur). Okey , memang kenyang dan berbaloi.

Taraa...Hasil tangkapan





Sunday 1 February 2015

Servis JPJ di Pusat UTC Johor Bahru yang sangat awesome

UTC...UTC...
Pusat pelbagai perkhidmatan
Berkhidmat untuk rakyat
Pusat tranformasi bandar

Memang sesuai lagu ni untuk pusat UTC yang menawarkan pelbagai perkhidmatan tak kira la swasta atau kerajaan. Semalan Iouls pergi UTC di Galleria Johor Bharu. Misi nak renew lisense Iouls untuk pertama kalinya tanpa apa-apa ilmu didada. Hehew… Mula-mula memang menyumpah jugak laa sebab sesak dengan jammed dan susah nak park kereta. 3 kali jugak Iouls tawaf Galleria Mall tue semata-mata nak cari parking. Fuhh! Tu tak kira lagi dengan enjin kereta mati sebab nak balancing clutch dengan minyak masa nak naik bukit  tapi bukan Iouls laa yang drive. Hihi… Dapat jugak laa cuci mata tengok abang-abang JMF training dekat sebelah walaupun encik tunang dok perati jek! Hihi, tengok je pun, jangan laa marah.. Opss! Terlebih pulak . Okey berbalik pada UTC tadi.
Okey,untuk tawaf ketiga We’ouls decide nak park kereta dekat last floor Galleria. Tak kesah laa janji dapat parking walaupun kena jugak mencari. Okey, jumpa jugak parking. We’ouls pun masuk ke galleria. Pusat UTC di 3rd Floor if I not mistaken, so terpaksalaa we’ouls turun melalui tangga.
Memang teruja laa masuk situ. Macam-macam perkhidmatan ditawarkan. Contoh-contoh yang Iouls  nampak :
1)      Tabung Haji
2)      SME Bank
3)      TM Point
4)      Pusat bayaran zakat harta
5)       Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
6)      Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
7)      Tenaga Nasional Berhad (TNB)
8)      Klinik 1 Malaysia
9)      Jabatan Imigresen Malaysia
10)   Y Centre UTC Johor
11)  MARA
12)  PTPTN







So Iouls pun pegi laa dekat JPJ ditemani encik tunang yang sangat cool.hihi… Opss! Lupa nak bagitau yang Iouls pergi berempat, Nabila dan Hanim. Yang Hanim dia pergi ke JPN untuk ambik kad pengenalan dia so terpaksalaa kami berpisah untuk sementara waktu.
Okey cerita dekat JPJ.  First step, kena ambil nombor. Dua keping tau! Lepas tu duduklaa. Tak sampai 1 minit nombor Iouls dipanggil. Iouls pun pergi ke kaunter  7 . Abang JPJ tu baik hati tau, layan pelanggan dengan mesra sekali. Setiap pertanyaan Iouls dijawab dengan berhemah. Ini Iouls bagi 5 bintang. Hehew… Dia mintak Iouls punya lesen lama dan kad pengenalan. Pastu dia tanya nak renew untuk 1 tahun atau 2 tahun.


RM30  - 1 tahun
RM60 - 2 tahun

Okey, dia pun key-in Iouls punya data dalam system.  Yang bestnya, kalau lesen uols nak mati lagi 3 bulan pun dah boleh renew. In case kalau sesaje berjalan di Galleria, kan boleh terus buat sekali dan tak sesak dengan orang ramai. So, Encik tunang kita pun join laa sekali renew license dia walau pun lagi 3 bulan. Sekali jalan je tanpa ambil nombor.hihihi…Abang JPJ yang suruh. Lepas dah bagi duit dan ambil semula lesen dan kad pengenalan, kitorang terus ke kaunter 2@1 untuk ambil lesen yang da siap.
Akak JPJ yang jaga kaunter tu pun sangat baik. Suka sangat. Just bagi kad pengenalan dan lesen sahaja. Lepas tu dia akan tanya gambar dekat lesen baru nak ikut gambar dekat lesen lama atau ikut kad pengenalan so Iouls decide nak gambar dekat lesen lama sebab lagi comel dari dalam kad pengenalan. Hehew… Ini pun best sebab uols tak payah sibuk-sibuk nak bawak gambar hokey? So tak membazir pegi kedai gambar semata-mata nak buat gambar untuk lesen baru uols. Big claps for
JPJ team . Yes, akhirnya lesen Ious dan tunang pun siap. Jyeahh . spent 15 minute less for renew my lisense. 


p/s : lepas dah siap lisense sila semak balik ye butiran takut tersalah macam tunang Iouls punya. tapi jangan risau, uols just pergi balik ke kaunter 7 (kaunter abang JPJ baik hati tue. hihi...) dan suruh dia betulkan :) 


Bagi yang nak lebih details mengenai UTC, anda bolehlaa klik link ni https://www.facebook.com/UTCJohor?fref=ts

Jom ramai-ramai ke UTC sambil membeli belah di Galleria Johor Bharu.
Galleria @ Kotaraya
Jalan Trus
80000 Johor Bahru
Johor Darul Ta’zim

Thursday 29 January 2015

Best Friend Forever

Dalam dunia ni, kita mesti ditemukan dengan pelbagai jenis ragam manusia. Dan diantara mereka, pastinya ada yang akan jadi BFF kita kan ? So hari ni nak kongsi sikitlaa siapa BFF Iouls dengan perangai pelik mereka. Since kecik sampai la ke beso la nieh .



1) Syira

Kawan since kecik lagi dan merangkap sepupu Iouls. Kawan yang sangat setia,sentiasa tolong Iouls . BFF sampai mati laa katanya. Hehew…Pemurah, Baik hati,Memahami. Bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi, macam Iouls. Ngee...


  
12)      Nabila

Nama betul dia Syuhada tapi Iouls je yang panggil dia Nabila and the reason kitorang je tahu. Kawan dari
kkecik jugak. Kawan yang baik hati, lembut dan dia pandai memasak tau! Ngee


3)      Ani

Ni kawan since sekolah rendah. Dulu badan dia berisi, tapi sekarang dah kurus. Jelous Iouls tau . Dia
minat seni that’s why dia belajar dekat UPSI. Bakal cikgu dan sudah pun berkahwin. Bakal menimang
cahaya mata tak lama lagi.


4)      Zepah

Ni antara BFF Iouls jugak. Kawan yang selalu ada susah dan senang. Waktu sekolah suka merempit
dengan dia. Hehew. Dah beso nieh, merempit dengan kereta jelaa. Hey babe, jangan bawak kete lelaju
tau. Dah pun mendirikan rumahtangga.


5)      Ogy & Olin

Pasangan kembar yang memiliki dua perangai yang berbeza. Hehew…Sorang lembut sorang kasar tapi
serasi bersama. Ceria dan selalu memberi buah fikiran pada orang lain. Sorang dah kawin, sorang lagi
tunggu turn.


6)      Lina

Tak banyak kenangan dengan dia sebab kenal pun since tingkatan 5. Tapi perangai dan habit dia sama
dengan Iouls iaitu gila-gila. Asal boleh je. Haha… Memang funny kalau ada dia dan akan gelak macam
orang gila bila jumpa. Mulut tak akan henti potpetpotpet. Dah jadi ibu kepada 2 orang cahayamata.


7)      Ena

Ini start kawan since dekat kolej. Ena perangai pelik sikit tapi BFF gila-gila dengan dia. Dia baik
hati.Tak berkira. Susah senang sama-sama. Dah kawin pun dan dah ada baby.


8)      Kak Fiza

Kakak yang disayangi masa kat kolej. Cantik,lemah lembut, baik hati dan seorang yang sangat
pembersih. Masa mula-mula masuk kolej, Iouls tak suka dia sebab Nampak macam sombong. Bila dah
dok satu bilik, baru tahu perangai sebenar dia. Iouls pernah admit yang Iouls tak suka dia. Hehew. Dah
kawin pun dan dah ada 2 orang cahaya mata.


9)      Siti

3 sem duduk sebilik dengan dia. Dia seorang yang pendiam tapi dia baik tau. Selalu tolong Iouls.Suka
dengan muzik kuat-kuat pakai Earphone pastu melalak sorang-sorang. Hehew.. Iouls perati jerk!


10)      Fara Jenal

Hehew! Miss London masa kat kolej. Fashionista dan digilai ramai. Cantik dan seksi. Aumm. Baik hati
dan boleh masuk dengan Iouls. 


11)      Cheq Hajar

Ni sorang lagi BFF. Jaja seorang yang sangat pemalu. Dia nervous bila jumpa dengan lelaki tapi itu
membuatkn dia nampak sweet dan comel. Dia suka cakap slang kedah. Suka tiru mindmap Ious masa kat
kolej.hehew…Baik hati,suka ketawa dan cakap mengalahkan guruh.


12)      Kak ET

Kenal masa last sem dekat kolej tapi dia seorang yang gila-gila. Suka buat lawak. Disenangi ramai dan
suka ketawa macam Iouls.Hihi…

13)      Eka

Last BFF rasanya. Penat daa nak taip. Walaupun badan dia berisi, tapi dia sangat-sangat cantik.  Nak
kurus tapi kuat makan. Single lagi. Dia minat vespa dan skateboard. Gila-gila dan baik hati.Hehew

Hargailah kawan-kawan anda. 

p/s : sorry copy gambo korang tanpa izin :))










Selangkah ke gerbang perkahwinan

Assalamualaikum...

Wah! Baca tajuk pun dah rasa dupdap dup dap kan ? Normal feeling bagi bakal pengantin. Iouls pun terasa juga debarnya. Ngee . Kahwin, apa yang terfikir dalam fikiran korang ? for sure persiapankan supaya majlis berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa gangguan. So, untuk menjadikan majlis korang yang grand tu berjalan lancar, korang kena la tahu cara-caranya. Meh kongsi degan Iouls, mana tahu dapat memabantu serba sedikit. Let's check it out.

1) Tetapkan tarikh perkahwinan

For sure kena ada. kalau tak ada macam mana nak jalankan majlis perkahwinan kan? kan? kan?

2) Buat list

List sangat-sangatlaa penting. So korang boleh tahu apa yang korang perlukan untuk majlis korang nanti. Nak lagi bagus, detailskan dengan budget sekali supaya korang senang nak buat perbelanjaan. Nanti tak adalah sampai over budget kan ?

Contoh-contoh list Iouls (sorry dalam manual. Actually ada dalam pendrive,tapi pendrive hilang sudah. sob sob ...

@Andaman (Solekan, pelamin, makan berdamai & etc.)
@Canopy
@Katering
@Goodies (tetamu, kawan-kawan, pihak pengantin perempuan/lelaki & etc.)
@PA System
@Kad Jemputan Perkahwinan
@Barang Hantaran (Kasut, Tas tangan, Jam, Perfume, Sireh junjung & etc.)
@Bunga telor

3) Dapatkan nasihat dan tunjuk ajar

Disebabkan kita ni tak ada lagi pengalaman tentang perkahwinan, guidelines dari orang-orang yang sudah melalui fasa ini amatlaH penting. Info dari mereka mungkin berguna.

4) Kursus Perkahwinan

Setiap pasangan yang nak berkahwin diwajibkan untuk menghadirkan diri ke kursus perkahwinan. Serba sedikit dapat menambah pengetahuan dan bersedia menghadapi hidup berumahtangga. Kalau dah ada lagi bagus, early preparation :)

5) Saringan HIV

Saringan HIV juga penting bagi bakal pengantin bagi mengetahui status kesihatan korang hokey.

6) Temuduga perkahwinan

Ini antara last step sebelum korang nak kahwin. Siap sedia untuk ditemuduga oleh pegawai yang bertugas. Tapi jangan la nervous sangat , diaorang tak makan orang laa.

7) Persiapkan mental dan fizikal

Di saat-saat akhir, cuba cari ketenangan. Dapatkan aura positif dari keadaan sekeliling. Persiapkan mental dan fizikal untuk menghadapi perkahwinan. Selesaikan apa yang belum diselesaikan. You can do it dude:)

Till we meet again...