1)
Ramah dan jangan bersikap sombong
First time jumpa, mesti antara uols ada yang
malu untuk memulakan perbualan. Cuba ringankan mulut bekata walau sepotong ayat. Contohnya :
Assalamualaikum, nama siapa ? disertakan dengan sedikit senyuman yang pastinya
ikhlas (Tak kena bayo pun kan ? hikhik…) . Jadikan perbualan itu rileks dan
cool supaya masing-masing berasa selesa. Kalau uols jenis yang pemalu tahap
dewa tu , tidak mengapa. Di saat seseorang memulakan perbualan, cuba balas
dengan mesra dan bersungguh-sungguh. Jangan menjawab secara sambil lewa , nanti
ulos akan dilabel sebagai seorang yang sombong dan bajet good-good je. Nak ke ?
tak nak kan ?? Pastikan senyuman tidak lekang dari bibir . Smile bebeh !
2)
Jadi diri sendiri
Apabila kita dikelilingi dengan sahabat
yang mempunyai pelbagai karakter dan latar belakang, sebahagian dari kita cuba
untuk menukar perwatakan diri sendiri untuk kelihatan menonjol lebih dari
teman-teman yang lain. Tolong elakkan perangai macam ni hokey ? . Jangan
berpura-pura menjadi someone else sedangkan uols tahu uols tidak mampu untuk
melakukannya. Uols akan berasa sungguh tak selesa dan kawan-kawan pun akan
perasan. Cuba jadi diri sendiri kerana itu akan lebih membuatkan sahabat hormat
dan senang berkawan dengan uols.
3)
Jangan jadi talam dua muka
Dalam erti kata lain, back stabber atau
tikam dari belakang. Depan member semua suci bak malaikat, mulat manis . huha sana
sini tapi dekat belakang menceritakan
keburukan sahabat kita kepada orang lain. Dan yang paling tidak manis apabila
mengada-adakan cerita buruk mengenai sahabat uols dengan harapan dia akan
disingkirkan dan dipulaukan oleh sahabat yang lain. Kejamnya perangai macam
nieh ! Silap hari bulan, tak memasal uols sendiri yang akan dipulaukan oleh
para sahabat dan paling teruk tak ada orang yang sanggup berkawan dengan uols .
Haishh! Simpang tau. Ingatlah memfitnah itu lebih teruk dari membunuh ye uols ?
4)
Kongsi minat bersama
Sedar tak kebanyakkan dari uols mempunyai
sahabat yang punyai minat hampir sama dengan uols ? Cuba listkan aktiviti
kesukaan uols dan masukkan sahabat uols dalam kelompok aktivi yang uols minati.
Contohnya, berapa orang yang minat menonton wayang, bermain futsal,
berbadminton, karaoke, dan sebagainya. Semakin lebar jaringan aktiviti yang uols
minati, semakin betambah kelompok kawan-kawan uols nanti. Pastikan aktiviti
yang uols minat itu memberi manfaat dan kebaikan ye ? aktiviti yang membazir
masa serta mendatang kan dosa tu elak-elak kan ye ? Be positive.
5)
Jadilah sahabat yang membahagiakan
Ingat dengan pakwe/makwe je boleh bahagia ke
? dengan sahabat pun boleh bahagia jugak tau sebab tu persabatan tu boleh
berkekalan lama. Contohnya, jadi lah pendengar yang setia kepada setiap
permasalahan teman-teman uols. Kalau tak dapat membantu , atleast uols dapat
meringankan beban di dalam otak mereka. Jika mereka mintak pendapat, cubalah
beri buah fikiran uols yang relevan dan membantu. Dan cara paling bagus untuk menjadi sahabat
yang membahagiakan, jadilah sahabat yang mampu memberi senyuman ketika orang
lain bersedih. Jadilah sahabat yang periang dan mesra dengan orang disekeliling
kerana aura-aura positif dalam diri ouls pastinya akan meresap ke dalam diri
orang di sekeliling uols. Be happy always and make your life good and awesome.
No comments:
Post a Comment