Pregnant ? hurm ! satu perkataan yang ditunggu-tunggu bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga tak terkecuali Iouls. Eh ! tak cerita pun dah kahwin ? haha ... Cerita dah terlampau basi laa uols untuk di kongsi, about 6 month ago . Basikan ? Actually, dalam jangka masa tu Ious sibuk menguruskan rumahtangga yang baru dibina (chewah) + pembawakkan budak (kemalasan tahap dewa) . Sebab tu xde masa nak update blog. Ini dah 5 month pregnant baru rajin balik . Hokey , tinggalkan moment-moment kawin Ious. Focus for our new baby.
Iouls tak sangka pun akan pregnant dalam masa terdekat tapi dah rezeki, Iouls & husband terima dengan hati yang terbuka. Husband paling happy sebab dia memang tak sabar nak ada anak sendiri. Our first trial is about 1 month after married. Masa tu lambat period 1 hari dan teruja terus pergi pharmacy beli pregnancy kid. Tapi masa tu still 1 line lagi dan cakap kat husband sabar. Belum rezeki kita lagi.
Our second trial pada bulan kedua. Masa tu raya ke-4 and Iousl lambat period about 2 day. Pagi-pagi lagi dah keluar rumah ke 7E nak beli pregnancy kid. Balik check dan keputusannya jadi 2 line tapi masih samar-samar. Masa tu dah mula happy tapi masih cool down sebab tak nak berharap sangat. Iouls blur-blur lagi , prengnant ke tidak ni. Akibat tidak puas hati , petang beli lagi 1 dan try. keputusannya still sama tapi garisannya lagi samar. Iouls mula risau . Malam terus pergi klinik untuk buat pemeriksaan. Doktor sahkan Iouls memang pregnant. Masa tu rasa macam nak melompat je kat dalam bilik doktor tapi terpaksa kawal diri. Iouls tanya doktor kenapa line makin samar. Doctor explain la sebab waktu pagi urine kita masih natural sebab tu boleh detect.lepas dah makan minum, urine kita dah bercampur so susah nak detect sikit. Lega hati Iouls.
Okey , setakat sini je entry Iolus hari ni. Nanti kita sambung dengan perubahan alami sebagai ibu hamil hokey ? InsyaAllah, boleh kita share pengalaman sama-sama. Sebelum tu nak belanja sikit gam bar pengantin lama . Hihi. Assalaamualaikum.
No comments:
Post a Comment