Sunday 1 February 2015

Servis JPJ di Pusat UTC Johor Bahru yang sangat awesome

UTC...UTC...
Pusat pelbagai perkhidmatan
Berkhidmat untuk rakyat
Pusat tranformasi bandar

Memang sesuai lagu ni untuk pusat UTC yang menawarkan pelbagai perkhidmatan tak kira la swasta atau kerajaan. Semalan Iouls pergi UTC di Galleria Johor Bharu. Misi nak renew lisense Iouls untuk pertama kalinya tanpa apa-apa ilmu didada. Hehew… Mula-mula memang menyumpah jugak laa sebab sesak dengan jammed dan susah nak park kereta. 3 kali jugak Iouls tawaf Galleria Mall tue semata-mata nak cari parking. Fuhh! Tu tak kira lagi dengan enjin kereta mati sebab nak balancing clutch dengan minyak masa nak naik bukit  tapi bukan Iouls laa yang drive. Hihi… Dapat jugak laa cuci mata tengok abang-abang JMF training dekat sebelah walaupun encik tunang dok perati jek! Hihi, tengok je pun, jangan laa marah.. Opss! Terlebih pulak . Okey berbalik pada UTC tadi.
Okey,untuk tawaf ketiga We’ouls decide nak park kereta dekat last floor Galleria. Tak kesah laa janji dapat parking walaupun kena jugak mencari. Okey, jumpa jugak parking. We’ouls pun masuk ke galleria. Pusat UTC di 3rd Floor if I not mistaken, so terpaksalaa we’ouls turun melalui tangga.
Memang teruja laa masuk situ. Macam-macam perkhidmatan ditawarkan. Contoh-contoh yang Iouls  nampak :
1)      Tabung Haji
2)      SME Bank
3)      TM Point
4)      Pusat bayaran zakat harta
5)       Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
6)      Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
7)      Tenaga Nasional Berhad (TNB)
8)      Klinik 1 Malaysia
9)      Jabatan Imigresen Malaysia
10)   Y Centre UTC Johor
11)  MARA
12)  PTPTN







So Iouls pun pegi laa dekat JPJ ditemani encik tunang yang sangat cool.hihi… Opss! Lupa nak bagitau yang Iouls pergi berempat, Nabila dan Hanim. Yang Hanim dia pergi ke JPN untuk ambik kad pengenalan dia so terpaksalaa kami berpisah untuk sementara waktu.
Okey cerita dekat JPJ.  First step, kena ambil nombor. Dua keping tau! Lepas tu duduklaa. Tak sampai 1 minit nombor Iouls dipanggil. Iouls pun pergi ke kaunter  7 . Abang JPJ tu baik hati tau, layan pelanggan dengan mesra sekali. Setiap pertanyaan Iouls dijawab dengan berhemah. Ini Iouls bagi 5 bintang. Hehew… Dia mintak Iouls punya lesen lama dan kad pengenalan. Pastu dia tanya nak renew untuk 1 tahun atau 2 tahun.


RM30  - 1 tahun
RM60 - 2 tahun

Okey, dia pun key-in Iouls punya data dalam system.  Yang bestnya, kalau lesen uols nak mati lagi 3 bulan pun dah boleh renew. In case kalau sesaje berjalan di Galleria, kan boleh terus buat sekali dan tak sesak dengan orang ramai. So, Encik tunang kita pun join laa sekali renew license dia walau pun lagi 3 bulan. Sekali jalan je tanpa ambil nombor.hihihi…Abang JPJ yang suruh. Lepas dah bagi duit dan ambil semula lesen dan kad pengenalan, kitorang terus ke kaunter 2@1 untuk ambil lesen yang da siap.
Akak JPJ yang jaga kaunter tu pun sangat baik. Suka sangat. Just bagi kad pengenalan dan lesen sahaja. Lepas tu dia akan tanya gambar dekat lesen baru nak ikut gambar dekat lesen lama atau ikut kad pengenalan so Iouls decide nak gambar dekat lesen lama sebab lagi comel dari dalam kad pengenalan. Hehew… Ini pun best sebab uols tak payah sibuk-sibuk nak bawak gambar hokey? So tak membazir pegi kedai gambar semata-mata nak buat gambar untuk lesen baru uols. Big claps for
JPJ team . Yes, akhirnya lesen Ious dan tunang pun siap. Jyeahh . spent 15 minute less for renew my lisense. 


p/s : lepas dah siap lisense sila semak balik ye butiran takut tersalah macam tunang Iouls punya. tapi jangan risau, uols just pergi balik ke kaunter 7 (kaunter abang JPJ baik hati tue. hihi...) dan suruh dia betulkan :) 


Bagi yang nak lebih details mengenai UTC, anda bolehlaa klik link ni https://www.facebook.com/UTCJohor?fref=ts

Jom ramai-ramai ke UTC sambil membeli belah di Galleria Johor Bharu.
Galleria @ Kotaraya
Jalan Trus
80000 Johor Bahru
Johor Darul Ta’zim

2 comments:

  1. Salam, wahhh sangat membantu lah entry ni! best (n_n) sy ni pun baru first time nak tukar lesen P pd full lesen...so amatlah nervous dan tercari2 kot anyone yg penah deal dgn JPJ di Utc Galeria ni..and wallah! nice explaination dear...TQ very much! u'd help me a lot..barulah konfident nak pergi tukar lesen esok. haha!

    ReplyDelete
  2. It's ok dear . I pun masa tu baru je tukar lesen full after 2 years with P lisense . Memang best la sebab service cepat dan mesra. Selalu dengr orang cakap service JPJ poor tp kt UTC memang awesome. and lagi best dia bukak setiap hari exclude cuti umum sahaja.

    ReplyDelete